Apa itu Kontrak 6 Bulan ETPS?

Ia adalah kontrak untuk membeli DinarCoin (DNC) pada harga diskaun. Setiap saham ETPS akan dikunci untuk kontrak selama 6 bulan. Setiap ahli ETPS akan mendapat stok contrak bulanan secara automatik untuk tempoh selama enam bulan. Keuntungan akan menjadi tidak tetap (turun naik) mengikut harga pasaran semasa DinarCOin (DNC). Ia boleh ditarik balik setiap bulan dan baki selebihnya akan dimasukkan semula selama enam bulan.

 

Bilakah Kontrak Ini Akan Luput?

Kontrak ETPS akan luput pada setiap bulan ketujuh. Selepas enam bulan, pembeli perlu mngesahkan kembali kontrak mereka untuk:

1. Pengisian kembali secara auto untuk enam bulan berikutnya.
2. Pembelian semula kepada Golden Serenity Ltd (menjual DinarCoin anda)
3. Memindahkan DinarCoin ke Crypto Wallet (boleh digunakan untuk menebus emas fizikal).

 

Bagaimanakah Harga ETPS Dikira?

Harga adalah mengikut harga XAU/USD pada not kertas atau emas. Dengan menggunakan XAU/USD daripada broker utama, ia secara automatiknya akan ditukar menggunakan teknologi MT4 dan untuk mencipta harga mengikut pasaran semasa bagi DinarCoin (4.25 gram) serta harga ETPS. ETPS akan menerima suapan harga daripada broker utama MT4 pada setiap saat, dan ia akan merekod harga bidaan/jualan terakhir. Ia akan menjumlahkan secara purata kesemua nilai termasuk perbezaan harga jual beli dan bida DinarCoin serta harga untuk ‘We Buy’ dan ‘We Sell’ kepada semua klien.

 

Bagaimana Caranya Untuk Membeli Etps?

Anda perlu berhubung dengan pengenal anda untuk mengaktifkan pesanan ETPS anda buat kali pertama. Setelah urusan pembelian ETPS anda selesai, anda boleh menambah nilai dan membeli lebih banyak ETPS sehingga mencapai limitnya iaitu sebanyak 100 dinar untuk setiap akaun. ETPS boleh dibeli dengan menggunakan IB, Bitcoin, EtherCoin, DinarCoin, dan beberapa lagi cara pembayaran lain yang ditawarkan oleh syarikat.

 

Bagaimana Saya Mahu Menjualnya Apabila Saya Menerima Keuntungan Atau Bonus?

Pada laman dompet digital (wallet) anda, anda boleh menetapkan kuantiti dan cara untuk melakukan pengeluaran. Selepas itu, klik pada butang pengeluaran. Pesanan anda akan menunjukkan senarai IB atau syarikat untuk melakukan proses pengeluaran.

 

Apakah Itu ‘We Buy’?

‘We Buy’ adalah harga yang ditawarkan oleh syarikat untuk membeli DinarCoin tertentu daripada ahli pada jumlah-jumlah yang diingini.

 

Apakah Itu ‘We Sell’?

‘We Sell’ adalah harga yang perlu dabayar oleh pengguna untuk membeli DinarCoin pada nisbah 1:1.

Adakah Syarikat Yang Menentukan Harga Untuk ETPS?

Tidak, broker utama yang menentukan harga pasaran mengikut harga emas dunia.

 

Adakah Syarikat Menawarkan Bonus Di ETPS?

Ya.

 

Berapa Banyakkah Bonus Yang Ditawarkan?

Jumlah bonus adalah bergantung kepada jumlah keseluruhan jualan dan kadar pertumbuhan kumpulan anda. Bonus ini adalah program promosi untuk para pengenal dan rakan kongsi. ETPS mempunyai hak untuk membuat pembetulan atau perubahan pada akaun tanpa sebarang notis terlebih dahulu termasuklah dari segi pembatalan bonus, pengurangan bonus, dan pengubahan mod pelaksanaan pelanggan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pelanggan untuk apa-apa sebab.

 

Apakah Jumlah Minimum Dan Maksimum Untuk Pembelian?

Jumlah minimum adalah sebanyak 1 DinarCoin, manakala jumlah maksimum adalah sebanyak 100 DinarCoin untuk setiap akaun. Perkara ini adalah tertakluk kepada perubahan.

 

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Tiada Siapa Lagi Yang Membeli ETPS?

ETPS adalah program keuntungan yang dihasilkan sendiri, sila muat turun Pelan Pemasaran ETPS kami dan lihat di bahagian ‘Bagaimana ETPS Berfungsi’ untuk gambar rajah mengenai cara keuntungan dan bonus untuk ahli dihasilkan di dalam ETPS.

 

Adakah Saya Mempunyai Risiko Untuk Muflis?

Kami mempunyai aset berteknologi terkini dan canggih menggunakan Blockchain yang telah direka untuk mengelakkan panggilan margin daripada mana-mana peniaga mempunyai keseimbangan dengan ETPS. Dalam mana-mana kes yang agak mustahil untuk berlakunya muflis ini, syarikat akan menutup akaun pedagang dan mengambil alih segala liability dan menawarkan DinarCoin kripto kepada semua pembeli ETPS.

 

Siapakah Yang Memberikan Jaminan Kepada Kontrak ETPS?

ETPS, kami berdiri ditengah-tengah antara pembeli dan penjual untuk menjamin kesemua pihak menerima dan membayar DinarCoin mereka dan syarikat akan membeli (menggunakan emas) untuk menghasilkan satu Dinar Gold Coin 999.9 fizikal yang baru.

 

Adakah Anda Mempunyai Program Untuk IB/ Pasaran Pembuatan?

Jika anda setuju dengan IB/pasaran pembuatan kami, mungkin sekali anda akan menerima komisyen pada harga ETPS. Sila hubungi kami melalui info@etpswallet.gold untuk maklumat lanjut.

 

Apakah Itu Sijil ETPS?

Sijil ETPS adalah perjanjian secara digital untuk mengesahkan hak pemilikan untuk setiap pembelian ETPS. Sijil ini menggunakan kod QR sebagai bukti untuk kontrak selama 6 bulan anda.

 

Adakah Terdapat Sebarang Bayaran Untuk Menyimpan Bitcoin?

Tiada.

 

Adakah Terdapat Sebarang Bayaran Untuk Mengeluarkan Bitcoin?

Ya.

 

Adakah Terdapat Sebarang Bayaran Untuk Melakukan Perdagangan?

Ya, ETPS mengenakan bayaran iaitu caj perdagangan untuk setiap perdagangan yang berjaya dan selesai dilakukan.

 

Bagaimanakah Caranya Untuk Mendepositkan Dana?

Anda boleh menghubungi mana-mana IB daripada senarai di halaman dompet digital anda atau menggunakan bitcoin, EtherCoin, atau DinarCOin untuk membeli ETPS.

 

Bilakah Pengeluaran Bitcoin Selesai Diproses?

Dalam masa 48 jam, anda akan menerima bayaran anda di dalam dompet digital.

 

Bagaimanakah Caranya Untuk Saya Mengetahui Bahawa ETPS Tidak Menghilangkan Wang Saya?

ETPS akan sentiasa melakukan latihan untuk mengesahkan keselamatan wang anda secara kerap. Keputusan daripada ujian ini latihan ini akan diberikan kepada setiap pengguna.

 

Adakah Terdapat Mana-Mana Pembuat Pasaran?

ETPS mempunyai broker utama yang berterusan memesan kontrak yang ditawarkan oleh ETPS pada jumlah yang besar.

 

Saya Mempunyai Masalah, Siapa Yang Perlu Saya Hubungi?

Jangan ragu-ragu untuk terus menghantar emel untuk sebarang pertanyaan kepada kami di support@etpswallet.gold dan petugas kami akan menghubungi anda pada kadar yang segera.